Jumaat, 16 Mac 2012

Kak orang ini, lelaki kah?perempuan?

     Kisah kali ini aku mahu ceritakan mengenai adik bongsu aku. Nama panggilannya Nana, diani masa umur dua atau tiga tahun dia masih tidak boleh bercakao kami khuatir juga seandainya adik kesayangan kami ini bisu.."palis..palis.." kata orang Sabah..Namun masa itu tidak lama semakin hari Nana semakin petah untuk berkata-kata dan kami sering naik muak mendengarkan pertanyaannya malah kadang-kadang geram dengan sikapnya yang suka bertanya itu. Begitulah perangai Nana apalagi bila dia di bawa ke tempat-tempat tertentu kami kadang-kadang seakan trauma untuk menjawab setiap persoalan yang akan di kemukakannya nanti.
    Suatu hari saudara arwah atuk aku pangkat nenek aku lah sedang nazak kami di arahkan untuk pergi ke sana untuk menziarahi nenek aku tu. Mak aku prinsipnya dia tidak akan meninggalkan anak perempuannya di rumah kerana perasaan bimbangnya yang terlalu tinggi kerana pada masa itu bermacam kes sering di dengar di dada akhbar mengenai anak perempuan kena rogol. Apatah lagi anak perempuannya cuma tiga orang saja dan masing-masing kami berjarak umur enam tahun baru dapat adik perempuan tambahanlah kami bertiga ini agak manja.
     Setibanya di Kampung Titingan di rumah nenek aku tu suasana diselubungi dengan perasaan yang pilu dengan bacaan surah yasin yang mendayu daripada sanak saudara. Masa itu, aku berumur 17 tahun manakala Nana pula enam tahun, adik aku yang seorang lagi masa itu duduk dekat bapa aku. Manakala aku, mak, Nana dan dua orang lagi makcik aku yang turut serta makcik Muning dan Tua Radiah turut ada sama. Kami di arahkan oleh makcik aku yang tuan rumah itu untuk masuk sahaja ke bilik dan aku bersama Nana, makcik Muning dan Tua Radiah segera mengambil tempat di bilik itu. Walaupun bilik itu agak sempit tapi memadailah untuk kami duduk untuk menziarahi nenek aku yang sedang nazak. Aku dengan ringan hati membaca yasin untuk nenek aku itu. Arwah nenek aku tu pula di letakkan di atas katil dengan keadaan yang uzur. Nana duduk menyandar di tepi aku dan kadang-kadang dia berbaring di paha aku mungkin dia mengantuk kerana masa itu sekitar jam 10 malam.
     Dalam keadaan Nana yang mengantuk dan aku pun telah habis yasin, Nana segera duduk dipangkuanku dengan manjanya sambil aku membelai-belai rambut adik kesayangan ku itu. Nana mula gelisah mungkin juga sebab dia duduk terlalu lama dan tidak bercakap apa. Nana berbisik kepada ku yang dia mahu pulang tapi aku cuba memujuk supaya dia duduk sahaja diam-diam dan perhatikan saja orang-orang disekeliling. Makcik-makcik aku pula bergilir-gilir membacakan yasin sambil berlinangan air mata suasana ketika itu sangat menyentuh hati. Tiba-tiba ada seseorang memberi salam dan berdiri tepat di daun pintu sehingga menarik perhatian semua orang. Kami yang duduk di sudut bilik turut tertarik dengan suara itu kerana keadaan yang suasana yang hening di bingarkan dengan gerangan suara itu.
     Nana bingkas bangun dan membetulkan duduknya. Dari daun pintu bilik sememangnya kami nampak gerangan pemilik suara itu. Penampilan orang itu memang pelik sebabnya dia seorang lelaki yang agak gempal tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan sebaliknya sebalik badannya yang gempal itu dia turut memiliki payudara yang boleh tahan besarnya. Malah lelaki itu turut mengenakan kain batik dan berbaju t-shirt. Kedua-dua telinganya dihiasi dengan subang serta berkulit hitam legam. Dia merupakan keluarga angkat nenek aku sehingga mereka pun di anggap keluarga juga. Lelaki itu segera berlari-lari anak sehingga terlibas kain batiknya semasa duduk di birai katil sambil menangis teresak-esak dengan lagaknya yang penuh kelembutan membelai dahi arwah nenekku sambil mengurut manja lengan arwah nenek aku itu.
      Tangisannya yang teresak-esak itu turut memberikan kesan kepada sesiapa sahaja di situ turut merasai kesedihan yang di alaminya ketika itu hinggakan makcik-makcik yang berada di bilik itu turut mengalirkan air mata dan ada juga mengusap-mengusap hidung menahan kesedihan. Aku pula sakit kerongkong kerana menahan tangis menyaksikan suasana pilu itu.  Walau bagaimanapun, suasana itu akhirnya tamat dan boleh membuatkan orang sekeliling tidak bersedih apabila Nana memecahkan kesedihan itu dengan bertanya: " Kak, orang yang itu..yang itu bah..yang duduk atas katil tu lelaki kah..perempuan kak?". Masa itu mulut aku rasanya rasa di gam gajah sahaja tidak tahu untuk menjawab kepada persoalannya itu memandangkan jarak antara kami dengan lelaki itu ibarat orang sedang makan beradap saja.
      Aku buat-buat tidak dengar dan mengabaikan persoalan Nana, dan lelaki itu aduhhh..sadisnya sedang curi-curi pandang kami..aku rasa hendak ketawa kuat-kuat saja..hihihhii..masa aku karang cerita ini pun aku senyum-senyum sendiri teringatka berristiwa itu. Nana tetap bertanya sampai dua tiga kali sambil menggoyangkan lenganku yang meminta jawapab daripada ku kerana kebiasaannya aku ada sahaja jawapan untuk setiap persoalannya. Mujur masa itu ada makcik Muning lantas makcik Muning berkata "tidak boleh tanya begitu nak.." Nana bertanya lagi "kenapa makcik?" makcik Muning pun menjawab " nanti berdosa.." barulah si Nana ni diam-diam..dan akhirnya keesokkan harinya nenek aku pun meninggal dunia pada tahun 2005 semoga roh neneh aku di cucuri rahmat. ..Al- Fatihah untuk arwah nenek aku Rafeah Binti Hussin.

1 ulasan:

  1. Hard Rock Hotel and Casino New Orleans - Mapyro
    Hard Rock Hotel and Casino New Orleans 용인 출장안마 is 고양 출장마사지 located in New Orleans, LA. 인천광역 출장안마 Find your way around the casino, find where everything is 사천 출장마사지 located 의왕 출장안마 with the map.

    BalasPadam