Isnin, 19 Mac 2012

Geng perompak dan merogol?

    Di suatu petang yang damai, tidurlah tiga orang sahabat dengan lena di iringi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Langsir jendela berkibar-kibar seperti mendodoikan tiga orang sahabat yang sedang lena di ulit mimpi indah. Ain, Liza dan aku tidur persis boneka yang tidak berubah posisinya. Suasana ketika itu pasti akan dapat membuat sesiapa sahaja seperti terpanggil untuk menunaikan hajat beradu di atas katil.
    ZZZZZzzzz....tiba-tiba!!! "Tolong..tolong...tolong.." aku terus bangkit daripada tempat peraduan kami. Sebenarnya kami bertiga ini penghuni asrama 255  "Community Taman Milineum" hihihi..berbalik kepada cerita kita..aku segera bangkit daripada tempat peraduan ku dan berdiri memerhati keadaan sekeliling yang lengang itu.
   "Tolong..tolong..tolong..." ya! kali ini aku yakin memang aku tidak bermimpi memang suara itu datangnya dari arah bilik bawah. Aku seakan-akan menggigil ketakutan serta membayangkan "housemate" ku si Aminah duduk di ikat tali oleh beberapa orang lelaki bertopeng dan menjerit sekuatnya agar kami terjaga dan sebagai amaran kepada kami supaya berhati-hati. Sebaik sahaja imaginasi ku memberikan responnya..aku segera berlari anak ke arah Ain dan Liza serta membangkitkan mereka daripada tidur yang lena.
     Ain atau lebih glamor aku panggil "putih" segera bangkit dari tidurnya dan ingin membuka pintu bilik semasa pelariannya ke arah pintu sempat lagi dia melibaskan mahkota hiasannya iaitu rambutnya yang ala-ala "princess" itu. Liza pula segera mencapai "hand phone" nya dan menekan-nekan punat-punat "handphone". Aku dengan keadaan yang ketakutan serta kebingungan menghalang putih daripada membuka pintu bilik kerana ku bimbang keselamatannya. Menurut Ain dia merasakan ada kebakaran berlaku di asrama kami, dengan lafaz "Bismillahhirrahmanirrahim.." Ain tanpa ragu-ragu membuka pintu dan ingin sahaja terjun dari beranda rumah.
    Kini aku hanya berharapkan Liza sahaja yang asyik menekan punat "hand phone nya". Aku segera  menarik Liza untuk masuk bersama-sama aku ke bilik mandi bagi ku bilik mandi sahaja lah tempat selamat untuk aku menyelamatkan diri. Dengan nada suara yang lemah gemalai Ain cuba bertanya dengan "housemate" depan bili kami. "Kenapa?" menurut pendengaran Ain, Susan mengatakan "lipas" tapi menurut pendengaran Liza pula "Tikus". Aku? aku pula tidak tahu sudah cara mendengar dengan betul lagi..apa yang aku tahu kini kami dalam keadaan selamat. Gara-gara seekor lipas dan tikus kami hampir mengambil tindakan separa sedar dan di luar jangkaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan