Di suatu petang yang damai, tidurlah tiga orang sahabat dengan lena di iringi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Langsir jendela berkibar-kibar seperti mendodoikan tiga orang sahabat yang sedang lena di ulit mimpi indah. Ain, Liza dan aku tidur persis boneka yang tidak berubah posisinya. Suasana ketika itu pasti akan dapat membuat sesiapa sahaja seperti terpanggil untuk menunaikan hajat beradu di atas katil.
ZZZZZzzzz....tiba-tiba!!! "Tolong..tolong...tolong.." aku terus bangkit daripada tempat peraduan kami. Sebenarnya kami bertiga ini penghuni asrama 255 "Community Taman Milineum" hihihi..berbalik kepada cerita kita..aku segera bangkit daripada tempat peraduan ku dan berdiri memerhati keadaan sekeliling yang lengang itu.
"Tolong..tolong..tolong..." ya! kali ini aku yakin memang aku tidak bermimpi memang suara itu datangnya dari arah bilik bawah. Aku seakan-akan menggigil ketakutan serta membayangkan "housemate" ku si Aminah duduk di ikat tali oleh beberapa orang lelaki bertopeng dan menjerit sekuatnya agar kami terjaga dan sebagai amaran kepada kami supaya berhati-hati. Sebaik sahaja imaginasi ku memberikan responnya..aku segera berlari anak ke arah Ain dan Liza serta membangkitkan mereka daripada tidur yang lena.
Ain atau lebih glamor aku panggil "putih" segera bangkit dari tidurnya dan ingin membuka pintu bilik semasa pelariannya ke arah pintu sempat lagi dia melibaskan mahkota hiasannya iaitu rambutnya yang ala-ala "princess" itu. Liza pula segera mencapai "hand phone" nya dan menekan-nekan punat-punat "handphone". Aku dengan keadaan yang ketakutan serta kebingungan menghalang putih daripada membuka pintu bilik kerana ku bimbang keselamatannya. Menurut Ain dia merasakan ada kebakaran berlaku di asrama kami, dengan lafaz "Bismillahhirrahmanirrahim.." Ain tanpa ragu-ragu membuka pintu dan ingin sahaja terjun dari beranda rumah.
Kini aku hanya berharapkan Liza sahaja yang asyik menekan punat "hand phone nya". Aku segera menarik Liza untuk masuk bersama-sama aku ke bilik mandi bagi ku bilik mandi sahaja lah tempat selamat untuk aku menyelamatkan diri. Dengan nada suara yang lemah gemalai Ain cuba bertanya dengan "housemate" depan bili kami. "Kenapa?" menurut pendengaran Ain, Susan mengatakan "lipas" tapi menurut pendengaran Liza pula "Tikus". Aku? aku pula tidak tahu sudah cara mendengar dengan betul lagi..apa yang aku tahu kini kami dalam keadaan selamat. Gara-gara seekor lipas dan tikus kami hampir mengambil tindakan separa sedar dan di luar jangkaan.
Isnin, 19 Mac 2012
Jumaat, 16 Mac 2012
Kak orang ini, lelaki kah?perempuan?
Kisah kali ini aku mahu ceritakan mengenai adik bongsu aku. Nama panggilannya Nana, diani masa umur dua atau tiga tahun dia masih tidak boleh bercakao kami khuatir juga seandainya adik kesayangan kami ini bisu.."palis..palis.." kata orang Sabah..Namun masa itu tidak lama semakin hari Nana semakin petah untuk berkata-kata dan kami sering naik muak mendengarkan pertanyaannya malah kadang-kadang geram dengan sikapnya yang suka bertanya itu. Begitulah perangai Nana apalagi bila dia di bawa ke tempat-tempat tertentu kami kadang-kadang seakan trauma untuk menjawab setiap persoalan yang akan di kemukakannya nanti.
Suatu hari saudara arwah atuk aku pangkat nenek aku lah sedang nazak kami di arahkan untuk pergi ke sana untuk menziarahi nenek aku tu. Mak aku prinsipnya dia tidak akan meninggalkan anak perempuannya di rumah kerana perasaan bimbangnya yang terlalu tinggi kerana pada masa itu bermacam kes sering di dengar di dada akhbar mengenai anak perempuan kena rogol. Apatah lagi anak perempuannya cuma tiga orang saja dan masing-masing kami berjarak umur enam tahun baru dapat adik perempuan tambahanlah kami bertiga ini agak manja.
Setibanya di Kampung Titingan di rumah nenek aku tu suasana diselubungi dengan perasaan yang pilu dengan bacaan surah yasin yang mendayu daripada sanak saudara. Masa itu, aku berumur 17 tahun manakala Nana pula enam tahun, adik aku yang seorang lagi masa itu duduk dekat bapa aku. Manakala aku, mak, Nana dan dua orang lagi makcik aku yang turut serta makcik Muning dan Tua Radiah turut ada sama. Kami di arahkan oleh makcik aku yang tuan rumah itu untuk masuk sahaja ke bilik dan aku bersama Nana, makcik Muning dan Tua Radiah segera mengambil tempat di bilik itu. Walaupun bilik itu agak sempit tapi memadailah untuk kami duduk untuk menziarahi nenek aku yang sedang nazak. Aku dengan ringan hati membaca yasin untuk nenek aku itu. Arwah nenek aku tu pula di letakkan di atas katil dengan keadaan yang uzur. Nana duduk menyandar di tepi aku dan kadang-kadang dia berbaring di paha aku mungkin dia mengantuk kerana masa itu sekitar jam 10 malam.
Dalam keadaan Nana yang mengantuk dan aku pun telah habis yasin, Nana segera duduk dipangkuanku dengan manjanya sambil aku membelai-belai rambut adik kesayangan ku itu. Nana mula gelisah mungkin juga sebab dia duduk terlalu lama dan tidak bercakap apa. Nana berbisik kepada ku yang dia mahu pulang tapi aku cuba memujuk supaya dia duduk sahaja diam-diam dan perhatikan saja orang-orang disekeliling. Makcik-makcik aku pula bergilir-gilir membacakan yasin sambil berlinangan air mata suasana ketika itu sangat menyentuh hati. Tiba-tiba ada seseorang memberi salam dan berdiri tepat di daun pintu sehingga menarik perhatian semua orang. Kami yang duduk di sudut bilik turut tertarik dengan suara itu kerana keadaan yang suasana yang hening di bingarkan dengan gerangan suara itu.
Nana bingkas bangun dan membetulkan duduknya. Dari daun pintu bilik sememangnya kami nampak gerangan pemilik suara itu. Penampilan orang itu memang pelik sebabnya dia seorang lelaki yang agak gempal tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan sebaliknya sebalik badannya yang gempal itu dia turut memiliki payudara yang boleh tahan besarnya. Malah lelaki itu turut mengenakan kain batik dan berbaju t-shirt. Kedua-dua telinganya dihiasi dengan subang serta berkulit hitam legam. Dia merupakan keluarga angkat nenek aku sehingga mereka pun di anggap keluarga juga. Lelaki itu segera berlari-lari anak sehingga terlibas kain batiknya semasa duduk di birai katil sambil menangis teresak-esak dengan lagaknya yang penuh kelembutan membelai dahi arwah nenekku sambil mengurut manja lengan arwah nenek aku itu.
Tangisannya yang teresak-esak itu turut memberikan kesan kepada sesiapa sahaja di situ turut merasai kesedihan yang di alaminya ketika itu hinggakan makcik-makcik yang berada di bilik itu turut mengalirkan air mata dan ada juga mengusap-mengusap hidung menahan kesedihan. Aku pula sakit kerongkong kerana menahan tangis menyaksikan suasana pilu itu. Walau bagaimanapun, suasana itu akhirnya tamat dan boleh membuatkan orang sekeliling tidak bersedih apabila Nana memecahkan kesedihan itu dengan bertanya: " Kak, orang yang itu..yang itu bah..yang duduk atas katil tu lelaki kah..perempuan kak?". Masa itu mulut aku rasanya rasa di gam gajah sahaja tidak tahu untuk menjawab kepada persoalannya itu memandangkan jarak antara kami dengan lelaki itu ibarat orang sedang makan beradap saja.
Aku buat-buat tidak dengar dan mengabaikan persoalan Nana, dan lelaki itu aduhhh..sadisnya sedang curi-curi pandang kami..aku rasa hendak ketawa kuat-kuat saja..hihihhii..masa aku karang cerita ini pun aku senyum-senyum sendiri teringatka berristiwa itu. Nana tetap bertanya sampai dua tiga kali sambil menggoyangkan lenganku yang meminta jawapab daripada ku kerana kebiasaannya aku ada sahaja jawapan untuk setiap persoalannya. Mujur masa itu ada makcik Muning lantas makcik Muning berkata "tidak boleh tanya begitu nak.." Nana bertanya lagi "kenapa makcik?" makcik Muning pun menjawab " nanti berdosa.." barulah si Nana ni diam-diam..dan akhirnya keesokkan harinya nenek aku pun meninggal dunia pada tahun 2005 semoga roh neneh aku di cucuri rahmat. ..Al- Fatihah untuk arwah nenek aku Rafeah Binti Hussin.

Khamis, 15 Mac 2012
Orang meninggal dunia sama dengan haiwan? perlu baca doa kah?
Cerita ini aku kongsikan ketika aku berumur enam tahun. Aku ada seorang adik lelaki yang sebaya dengan aku. Orang selalu mengatakan kami dua orang ini pasangan kembar..tapi sebenarnya kami cuma lahir pada tahun yang sama sahaja, aku lahir awal tahun dia lahir akhir tahun. Adik aku tu lelaki meskipun begitu kami sangat rapat boleh bermain bersama dan bertukar-tukar permainan kami. Bila aku ajak dia main masak-masak dialah jadi pelanggan aku begitulah juga adik aku tu..bila dia main lori-lori aku pun ikut juga main lori-lori atau kereta-kereta. Masa zaman kecil aku tu kami suka main kereta "Proton saga" maklumlah masa tu baru diperkenalkan "Proton Saga" jadi tidak hairanlah kanak-kanak seperti kami berimaginasi mempunyai kereta sendiri juga. Ketika ini kami telahpun bersekolah di Taski Abim, tadika ini lebih kepada keagaamaan bermacam-macam jenis doa yang kami hafal antaranya doa ketika masuk dan keluar tandas, doa makan dan lepas makan, doa tidur dan bangun tidur, doa mengenakan pakaian, doa ketika petir, doa ketika belajar dan banyak lagi doa yang kami belajar untuk di aplikasikan sepanjang hari.
Satu hari, kami berdua telah di bawa oleh mak dan bapa pergi ke tempat nenek saudara kami meninggal dunia di Kg Batu 2 Tawau. Ketika itulah buat "PERTAMA KALI nya" aku melihat orang meninggal dunia. Kami berdua sibuk memerhatikan suasana sekeliling kami. Orang dewasa kebanyakkannya sedang menangis. Masa itu kami tidak begitu mengenal makna perpisahan. Ketika orang datang bertandang mesti membacakan doa ada juga yang sambil menangis. Masa itu aku anggap semua doa sahaja seperti yang sedang kami belajar masa di Tadika Taski Abim.Sekarang baru aku tahu sebenarnya orang-orang yang menziarahi orang meninggal itu membacakan yasin. Mak turut menangis dan membacakan doa bermacam-macam soalan yang timbul di benakku..kata mak orang meninggal mesti di tanam dan kita mesti rajin-rajin bacakan mereka doa.
Di sini lah bermula ceritanya.jeng jeng jeng..Cik Lan (adik mak merupakan pakcik aku) kami masa budak-budak tidak pandai sebut pakcik jadi sampailah tua bangkak ni kami panggil pakcik aku tu "Cik Lan". Pak cik aku masa tu dia bujang lagi dia memelihara seekor kucing namanya si Tompok. Si Tompok ni comel sangat gemuk lagi malah sampai sekarangpun pakcik aku tu suka memelihara kucing. Satu hari, si Tompok mati dan ketika itu aku bersama adik aku jugalah yang menemui si Tompok dibelakang rumah kami kepalanya hampir putus, tragis jugalah kematian si Tompok ni..sebab kematian kami tidak ketahui kami cuma andaikan bergaduh sama anjing maklumlah budak-budak.
Arwah atuk aku segera mengebumikan si Tompok dan disaksikan oleh kami. Masa itu kami beranggapan kematian si Tompok sama seperti nenek saudara kami yang telah meninggal dunia,setiap yang mati itu mestilah dibacakan doa begitulah perspektif kami semasa budak-budak. Akhirnya, si Tompok pun selamatlah dikebumikan di belakang rumah tempat pelupusan sampah kami. Aku bersama adikku lebih "glamor" dipanggil si Edeng segera mangambil buku "Alif ba ta " kami dan buku doa Taski Abim untuk bacaan doa untuk arwah si Tompok hihiihi..aku segera mengatur langkah dengan mengambil air di cerek dan memasukkan bunga kertas mak aku yang kami petik bersama untuk di siram di kuburan si Tompok.
Errrmmm...masih segar dalam ingatanku masa itu aku mengenakan tudung warna ungu aku kecil jak tudung ku sesuailah dengan umurku masa itu. Manakala si Edeng siap dengan berkopiah putihnya. Kami pun membaca doalah betul-betul di hadapan kuburan si Tompok yang comel itu. Selepas membaca doa, akulah orang pertama yang menyiram kuburan si Tompok dengan perasaan hiba, si Edeng pun sama turut merasai kesedihan itu dia juga menyiram kuburan si Tompok dengan air penuh satu cerek itu. Tiba-tiba!!...arwah atuk aku datang dengan wajah yang bengis sehingga keningnya kelihatan bersambung saja. Anak bertuah betul!!sambil melemparkan kayu ke arah kami sebagai amaran kepada kami dari tingkahnya arwah atuk aku sengaja melempar kayu itu tidak kuat mungkin dikhuatiri akan membahayakan kami pula.
Aku dengan si Edeng lari lintang pukang dengan buku "alif ba ta" dan buku doa kami, aku pula lari sehingga berterbangan dengan tudung unguku yang comel sehingga cerek tadi kami tinggalkan. Kami tidak tahu salah kami..kami rasa kami sudah membuat kebaikan dan mengharapkan pahala tapi sebaliknya kami dimarah pula. Kami memerhatikan arwah atuk aku dari tingkap dapur, arwa atuk sedang menggali semula kuburan si Tompok. Bila atok naik ke rumah kami rasa sedikit gerun lantas atuk pun memberitahu lain kali orang meninggal sahaja boleh dibacakan doa dan jangan siram kuburan si Tompok lagi nanti bau bangkainya terhidu lagi dan atuk memberitahu dia terpaksa menggali kuburan si Tompok dengan lebih dalam lagi agar bau bangkai kucing itu tidak terhidu lagi. Kini arwah atuk pun tiada lagi hanya tinggal kenangan saja dan sebagai nukilan serta kenangan manis untuk aku...

buka blog.."WELCOME TO MY BLOG"
Hari ini, pertama kali aku berkongsi mengenai apa sahaja yang ingin aku kongsikan..sebenarnya aku pun tidak tahu mahu cerita tentang topik yang ingin dikongsikan maklumlah pertama kali kan bergiat dalam penulisan tapi secara "0n-9" lah kalau setakat penulisan kat majalah tu pernah juga..tapi menang-menangpun dapat majalah percuma saja untuk enam bulan errmmm apa lah sangat kan...sebabnya aku pun tidak tahu mahu cerita untuk permulaan ni hanya cuba-cuba kan diri untuk aktifkan diri dalam bidang penulisan mungkin kadang-kadang apa yang ingin di sampaikan tidak habis untuk di sampaikan, di perdebatkan ataupun ingin dikongsikan..oklah..kamu pun malas ni kan baca artikle panjang-panjang yang tidak kena mengena dengan hidup dan mati ni kan??hihihi..
Langgan:
Catatan (Atom)